AL-Shabaab.
AL-Shabaab.
Reuters

MOGADISHU: Tiga lelaki dipercayai anggota militan al-Shabaab dihukum tembak selepas disabitkan dengan kes pengeboman di hotel Mogadishu hingga menyebabkan 18 orang maut pada 2017, lapor agensi berita negara itu.

“Mereka dituduh menjadi anggota kumpulan militan al-Shabaab. Mereka juga antara penyerang yang melakukan pengeboman di Hotel Nasahablod Two hingga 18 orang terbunuh manakala 47 cedera,” lapor agensi itu.

Kumpulan yang cuba menjatuhkan kerajaan Somalia itu disingkirkan dari Mogadishu pada 2011 dan sejak itu diusir keluar dari kebanyakan kawasan yang dikuasainya.

Mereka kekal menjadi ancaman apabila pejuang kumpulan itu sering melakukan pengeboman di Somalia dan negara jiran di Kenya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2019 @ 11:34 PM