KEADAAN Hospital yang sibuk menerima mangsa letupan. FOTO AFP
KEADAAN Hospital yang sibuk menerima mangsa letupan. FOTO AFP
Reuters

MOGADISHU: Jumlah terkini korban akibat serangan bom kereta di kawasan sibuk bandar raya ini hari ini, sudah melebihi 90 orang dengan pelajar serta anggota polis antara mangsanya.

Menurut Kementerian Luar Somalia, dua jurutera Turki yang terbabit dalam kerja pembinaan jalan raya turut terbunuh dalam letupan bom yang berlaku di laluan sibuk dengan orang ramai, termasuk bas membawa pelajar, dekat pusat pemeriksaan dan pejabat cukai.

Menurut sebuah pertubuhan bantuan antarabangsa, jumlah korban melebihi 90 orang.

Seorang Ahli Parlimen Somalia melalui Twitter berkata, selain pelajar, 17 anggota polis turut terbunuh.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab namun serangan bom kereta sering berlaku Mogadishu, biasanya dilakukan pelampau Al-Shabaab yang bersekutu dengan Al-Qaeda.

Kumpulan itu dipaksa keluar dari ibu negara Somalia itu pada 2011 tetapi masih menguasai kawasan pedalaman serta turut melakukan serangan di negara jiran, Kenya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Disember 2019 @ 10:03 PM