MENGIKUT pihak berkuasa korban mungkin akan bertambah. FOTO REUTERS
MENGIKUT pihak berkuasa korban mungkin akan bertambah. FOTO REUTERS
Agensi

MOGADISHU: Jumlah korban akibat letupan bom kereta di kawasan sibuk bandar raya ini hari ini, meningkat kepada 61 orang dengan puluhan lagi cedera.

“Sehingga kini kami sudah membawa 61 mayat dan 51 mangsa yang cedera ke hospital. Saya rasa jumlah korban akan meningkat,” kata Abdikadir Abdirahman Aden, pengasas perkhidmatan ambulans Aamin.

Letupan bom itu berlaku dekat pusat pemeriksaan dan pejabat cukai yang sibuk dengan orang ramai, termasuk bas membawa pelajar.

Serangan bom kereta sering berlaku Mogadishu, biasanya dilakukan pelampau Al-Shabaab yang bersekutu dengan Al-Qaeda.

Kumpulan itu dipaksa keluar dari ibu negara Somalia itu pada 2011 tetapi masih menguasai kawasan pedalaman serta turut melakukan serangan di negara jiran, Kenya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Disember 2019 @ 6:48 PM