GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat mendakwa mereka membunuh empat orang pengganas dalam serangan udara terhadap kumpulan militan Al-Shabaab di Somalia semalam.

Pusat Pemerintah Tentera Amerika di Afrika (AFRICOM) melancarkan tiga serangan udara di dua lokasi konflik dengan menyasarkan kumpulan terbabit, katanya dalam satu kenyataan.

AFRICOM berkata, empat anggota militan itu maut dalam dua serangan berasingan di Qunyo Barrow dan Caliyoow Barrow.

“Serangan udara itu menyasarkan militan Al-Shabaab yang bertanggungjawab atas keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Somalia selain bekerjasama dengan Al-Qaeda.

“AS dan kerajaan Somalia akan terus memberi tekanan terhadap organisasi pengganas untuk menghalang mereka merancang serangan,” katanya.

Ia dilakukan selepas serangan bom kereta di kawasan sibuk bandar raya Mogadishu kelmarin yang menyebabkan sekurang-kurangnya 79 orang maut manakala berpuluh lagi cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 12:18 PM