LI Huanwu (kanan) bersama kekasih sejenisnya Heng Yirui.
LI Huanwu (kanan) bersama kekasih sejenisnya Heng Yirui.
Agensi

CAPE TOWN: Cucu mendiang Lee Kuan Yew, Li Huanwu melangsungkan perkahwinan dengan pasangan sejenis di Afrika Selatan, menurut pasangannya, Heng Yirui yang mengumumkannya Instagram, semalam.

"Hari ini saya berkahwin dengan teman hidup. Saya teruja untuk saat-saat indah sebegini dengan Huanwu," kata Yirui.

"Saya akan menyuarakan komen kepada Pink Dot Singapore (pergerakan anti diskriminasi lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT)). Hari ini tidak dapat dibayangkan selepas kita membesar. Kami sangat gembira untuk berkongsi acara ini bersama rakan dan keluarga," kata Huanwu kepada South China Morning Post.

Huanwu adalah anak lelaki kedua Lee Hsein Yang iaitu adik kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Afrika Selatan salah satu negara yang membenarkan perkahwinan sejenis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 11:00 AM