IMEJ daripada pembedahan itu. FOTO Agensi
IMEJ daripada pembedahan itu. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Seorang lelaki berdepan pengalaman memalukan apabila terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ikan mati yang berada di dalam ususnya.

Daily Star melaporkan, sebelum menjalani pembedahan, pesakit berusia 30 tahun itu pergi ke Hospital First People's Zhaoqing di Guangdong, China, pada 3 Jun lalu selepas mengadu sakit perut.

Lelaki itu kemudiannya menjalani pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan imbasan sinar-X sebelum doktor mengesan adanya ikan air tawar di dalam ususnya.

Dia memberitahu ia kemungkinan berlaku kerana terduduk atas haiwan itu.

Bagaimanapun, seorang pegawai perubatan memberi maklum balas dengan komen sinis, 'Awak fikir saya bodoh?'.

Selepas ikan nila Mozambik itu dikeluarkan menerusi endoskopi kecemasan, pakar bedah mengambil keputusan untuk membedah perutnya.

Mereka kemudian mendapati sirip berduri haiwan itu yang menyebabkan kecederaan pada usus besar pesakit berkenaan.

Sebuah rakaman sewaktu prosedur pembedahan menunjukkan kakitangan perubatan di dalam bilik tersedak akibat bau busuk daripada haiwan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 6:30 AM