PASUKAN penyelamat membantu mengeluarkan mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan di Phnom Penh, Kemboja, hari ini. FOTO AFP
PASUKAN penyelamat membantu mengeluarkan mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan di Phnom Penh, Kemboja, hari ini. FOTO AFP
Reuters

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya, 10 maut manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bangunan di Kemboja runtuh, menyebabkan beberapa pekerja terperangkap di bawah runtuhan.

Bangunan konkrit tujuh tingkat itu, runtuh semalam di pekan Kep, kira-kira 160 kilometer ke barat daya Phnom Penh.

Ia berlaku setahun selepas satu lagi bangunan dalam pembinaan runtuh, mengorbankan 28 orang di wilayah Preah Sihanouk.

“Lima mayat berjaya dibawa keluar dan menemui lima mayat lagi tetapi belum dapat mengeluarkannya daripada bangunan runtuh itu,” kata gabenor Kep, Ken Satha kepada Reuters.

Menurut Satha, beberapa pekerja masih terperangkap. Pihak berkuasa sudah menahan pasangan suami isteri yang juga pemilik bangunan berkenaan untuk disoal siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 1:49 PM