TIGA pekerja pembinaan maut apabila sebuah bangunan tujuh tingkat runtuh di Kemboja awal pagi tadi.  FOTO Agensi
TIGA pekerja pembinaan maut apabila sebuah bangunan tujuh tingkat runtuh di Kemboja awal pagi tadi. FOTO Agensi
AFP

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya tiga pekerja pembinaan maut apabila sebuah bangunan tujuh tingkat runtuh di Kemboja awal pagi tadi.

Pihak berkuasa tempatan berkata, puluhan mangsa dikhuatiri ditimbus runtuhan itu.

"Kami sudah mengeluarkan satu mayat dan dapat melihat dua lagi," kata Gabenor wilayah Preah Sihanouk, Yun Min kepada AFP.

Menteri Penerangan, Khieu Kanharith menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, kira-kira 30 orang mungkin masih ditimbus dalam runtuhan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 11:39 AM