KANAK-kanak bercinta ketika ditemui. FOTO AGENSI
KANAK-kanak bercinta ketika ditemui. FOTO AGENSI
Agensi

DAZHOU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sanggup melarikan diri untuk berkahwin lari dengan kekasihnya yang dikenali menerusi permainan video dalam kejadian baru-baru ini.

Media China melaporkan, Xiao Zhang sebelum itu bertengkar dengan ibu bapanya di rumah mereka di Dazhou, Sichuan dan melarikan diri bersama teman lelaki yang berusia 15 tahun, Xiao Lei.

Dia dipercayai menaiki kereta bersama remaja terbabit yang memandu dari Dazhou ke tempat tinggalnya di Taiyuan, Shanxi

Pasangan itu kemudiannya ditemui polis dan rakaman video mereka didedahkan pada Khamis lalu, lapor media tempatan.

Xiao Lei mendakwa mereka mula menjalin hubungan menerusi permainan video sejak beberapa bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 10:17 PM