LELAKI berusia 57 tahun maut selepas kepalanya tergantung pada peralatan senaman. FOTO Agensi
LELAKI berusia 57 tahun maut selepas kepalanya tergantung pada peralatan senaman. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Lelaki berusia 57 tahun maut selepas lehernya tergantung pada peralatan senaman di Chongqing di barat daya China, pada 15 Mei lalu.

Memetik laporan The Straits Times, saksi berkata, lelaki itu berkemungkinan melakukan senaman yang membabitkan seseorang menghayun badannya sambil leher tergantung pada tali.

"Dia mungkin menggunakan terlalu banyak paksaan," kata saksi kejadian kepada agensi penyiaran tempatan Spot News.

Kaedah senaman ini menjadi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini melalui media sosial, menurut China Newsweek.

Pakar sudah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mencubanya, kerana senaman itu mungkin menyebabkan kerosakan saraf dan saraf tunjang, atau lumpuh pada kaki.

Polis pada 16 Mei lalu mengesahkan kematian secara tidak sengaja mangsa, yang berlaku di sudut kecergasan luar di bandar Chengxi di daerah Dianjiang, lapor akhbar Jimu News.

Tali itu bukan milik lelaki itu dan dipasang pada peralatan di sudut kecergasan.

Siasatan lanjut kejadian masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 12:38 PM