SEKITAR kawasan yang dilanda gempa bumi di Mindanao, Filipina. FOTO/REUTERS
SEKITAR kawasan yang dilanda gempa bumi di Mindanao, Filipina. FOTO/REUTERS
Reuters

MANILA: Seorang kanak-kanak terkorban dan lebih 20 lagi dilaporkan cedera

susulan satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter yang menggegarkan Mindanao, Filipina, hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pihak berkuasa mula menerima laporan daripada pegawai di pulau Mindanao tempat gempa itu berlaku dengan keretakan pada bangunan dan rumah sehingga mencemaskan penghuni yang berlari keluar dari kedai dan pejabat.

Bekalan elektrik turut terjejas.

“Hospital utama kami melaporkan seorang kanak-kanak terkorban,” kata datuk bandar Tulunan di wilayah Cotabato Utara kepada stesen radio DZMM.

Gempa itu turut menggegar Davao, iaitu bandar kelahiran Presiden Rodrigo Duterte yang juga antara bandar yang paling padat dengan penduduk di negara berkenaan.

Di bandar Magsaysay, kira-kira 20 orang cedera akibat terkena serpihan yang jatuh dan perabot di rumah, menurut pegawai penerangan tempatan, Anthony Allada.

USGS berkata, gempa berlaku kira-kira 7.7 kilometer di bandar Columbio, Mindanao pada kedalaman 14 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 12:10 AM