PENYERANG ditembak kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan. FOTO Agensi
PENYERANG ditembak kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan. FOTO Agensi
Agensi

MIAMI: Beberapa orang dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan di Stesen Angkatan Laut Pensacola, Florida hari ini, sebelum penyerang ditembak mati polis.

Jurucakap polis memberitahu Pensacola News Journal penyerang ditembak kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan di stesen berkenaan.

Pihak Hospital Baptist yang terletak berhampiran lokasi kejadian mengesahkan menerima lima mangsa yang cedera dalam serangan itu.

AGENSI berita CNN membuat liputan kejadian itu. FOTO Agensi
AGENSI berita CNN membuat liputan kejadian itu. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 10:53 PM