STESEN Angkatan Laut Pensacola, Florida. FOTO Agensi
STESEN Angkatan Laut Pensacola, Florida. FOTO Agensi
Reuters

MIAMI: Tiga mangsa serangan termasuk suspek penembak terbunuh di Stesen Angkatan Laut Pensacola, Florida hari ini.

Sekurang-kurangnya tujuh orang lagi cedera dalam kejadian pada awal pagi.

Stesen televisyen WEAR TV melaporkan polis menembak mati suspek di pangkalan itu.

Kejadian itu berlaku selepas seorang kelasi menembak tiga orang di pangkalan tentera bersejarah Pearl Harbor, Hawaii pada Rabu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 11:24 PM