Reuters

WASHINGTON: Nissan Motor Co Ltd berkata ia menarik balik sebanyak 394,025 buah kereta di Amerika Syarikat yang berpunca dari kerosakan sistem brek sekaligus melahirkan kebimbangan bahawa kebocoran pada bendalir brek berpotensi menyebabkan kebakaran.

Nissan dalam satu kenyataannya bersama Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA), berkata kebocoran sehingga di papan litar dalaman akan mencetuskan amaran kepada pemandu dan jika ia diabaikan boleh menyebabkan kebakaran dalam ‘keadaan yang jarang berlaku’.

“Sekiranya amaran itu diabaikan dan kenderaan masih diguna pakai dalam keadaan sama, kebocoran bendalir brek mungkin berpotensi menyebabkan kejutan elektrik di litar penggerak sekaligus mengakibatkan kebakaran,” kata pembuat kereta Jepun itu.

Media tempatan melaporkan, antara kenderaan yang dipanggil semula dari pasaran termasuk Maxima sedan dari 2016 hingga 2018, Infiniti QX60 luxury crossovers dari 2017 ke 2019, SUV Murano 2015 - 2018 dan SUV Pathfinder 2017 - 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 November 2019 @ 1:25 PM