STEVE Mbikayi
STEVE Mbikayi
AFP

KINSHASA: Seramai 14 orang terbunuh selepas lombong emas haram runtuh di timur Demokratik Republik Congo, semalam.

Menteri Solidariti Negara dan Tindakan Kemanusiaan, Steve Mbikayi berkata, tiga orang cedera parah dan mendapatkan rawatan di hospital.

“Seramai 14 maut dan operasi mencari masih diteruskan,” tulisnya di Twitter.

Insiden itu berlaku di Kampene yang terletak 180 kilometer dari bandar selatan, Kindu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 1:22 AM