JALAN menuju ke Babusar Top di sempadan wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan Gilgit-Baltistan. GAMBAR hiasan
JALAN menuju ke Babusar Top di sempadan wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan Gilgit-Baltistan. GAMBAR hiasan
AFP/Reuters

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 23 maut manakala 18 lagi cedera, selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung kerana terlanggar sebongkah batu di barat laut Pakistan, hari ini.

AFP melaporkan, pegawai pentadbiran tempatan, Aurangzeb Haider berkata, empat wanita dan enam kanak-kanak antara mangsa yang terbunuh, manakala pegawai kanan polis, Zaibullah Khan, berkata enam daripada mangsa cedera dalam keadaan kritikal.

Kemalangan itu berlaku di kawasan Babusar Top terletak di sempadan wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan Gilgit-Baltistan.

Sementara itu, 10 maut dan 16 lagi cedera selepas sebuah trak hilang kawalan dan merempuh orang ramai di sebuah pasar tradisional di selatan China, hari ini, menurut polis.

Reuters melaporkan, trak terbabit terbabas dari jalan raya di bandar Huashi di wilayah Hunan selepas pemandunya hilang kawalan, kata polis daerah itu dalam satu kenyataan.

Menurut polis, pemandu itu sudah ditahan untuk disoal siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 7:12 PM