SUHU panas melampau beberapa kawasan di Pakistan. FOTO AFP
SUHU panas melampau beberapa kawasan di Pakistan. FOTO AFP
BERNAMA

Islamabad: Gelombang haba melampau melanda Pakistan, dengan suhu di banyak bandar melebihi 40 darjah Celsius (˚C) pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Jabatan Meteorologi Pakistan, suhu maksimum 48˚C dicatatkan di Jacobabad, sebuah daerah di wilayah selatan Sindh.

Daerah Kashmir, Qambar Shahdadkot, Shikarpur, Larkana, Sanghar, dan Shaheed Benazirabad mencatatkan suhu purata antara 44˚C hingga 46˚C.

Suhu di wilayah barat laut Khan Khyber Pakhtunkhwa di daerah Dera Ismail pula mencecah 47˚C, diikuti daerah Peshawar dan Bannu, dengan suhu kekal 46˚C.

Penduduk di wilayah Punjab dan Balochistan turut mengalami cuaca panas melampau.

Jabatan Meteorologi berkata, musim panas diramal berakhir pada Jumaat, hujan dan angin pula dijangka melanda Kashmir, Gilgit-Baltistan, Khyber Pakhtunkhwa, Islamabad, dan beberapa bahagian di wilayah Punjab dan Balochistan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 3:39 PM