Mangsa gempa bumi yang cedera di Pakistan dirawat  di sebuah hospital di Peshawar. - Foto AFP
Mangsa gempa bumi yang cedera di Pakistan dirawat di sebuah hospital di Peshawar. - Foto AFP
Penduduk di daerah Behsud, wilayah Nangarhar, Afghanistan, membersihkan runtuhan dalam rumahnya. - Foto . REUTERS
Penduduk di daerah Behsud, wilayah Nangarhar, Afghanistan, membersihkan runtuhan dalam rumahnya. - Foto . REUTERS
Anggota penyelamat membawa seorang budak perempuan yang merintih kesakitan ke sebuah hospital di Jalalabad, Afghanistan. - Foto REUTERS
Anggota penyelamat membawa seorang budak perempuan yang merintih kesakitan ke sebuah hospital di Jalalabad, Afghanistan. - Foto REUTERS

Peshawar: Jumlah terkini korban gempa bumi di Afghanistan ialah 311 orang dengan lebih 2,000 lagi cedera serta memusnah atau merosakkan hampir 2,500 rumah, sebahagian besarnya di Pakistan.

Anggota penyelamat kini bekerja keras untuk sampai ke wilayah yang terjejas teruk di Pakistan dan Afghanistan kerana kedudukan yang terpencil.

Menurut kenyataan pihak berkuasa Pakistan dan Afghanistan, 237 terbunuh di Pakistan manakala 74 kematian di Afghanistan akibat gempa bumi berukuran 7.5 magnitude berpusat di pergunungan Hindu Kush di Afghanistan yang bersempadan dengan Badakhshan di Pakistan, Tajikistan dan China.

Pasukan penyelamat Afghanistan kini sedang berusaha untuk sampai ke Fayzabad, bandar utama wilayah Badakhshan, yang paling teruk terjejas.

Menurut Gabenor Badakhshan, Shah Waliullah Adeeb, lebih 1,500 rumah musnah atau rosak teruk dan 11 penduduk mati dengan 25 cedera.

“Kami jangka jumlah kematian meningkat apabila pasukan penyelamat tiba di kawasan terpencil,” katanya.

Di Pakistan, antara yang terkorban ialah 30 penduduk di wilayah utara negara itu yang bersempadan dengan Afghanistan, 184 lagi kematian dia timur laut, lapan di Gilgit-Baltistan dan seorang Pakistani Kashmir. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 4:32 PM