Anggota keselamatan Pakistan memeriksa lokasi serangan bom di sebuah mahkamah di Mardan, Pesahwar, hari ini. - Foto AFP
Anggota keselamatan Pakistan memeriksa lokasi serangan bom di sebuah mahkamah di Mardan, Pesahwar, hari ini. - Foto AFP
AFP

Peshawar, Pakistan: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dan kira-kira 40 lagi cedera dalam serangan bom dalam mahkamah di bandar Mardan hari ini, oleh seorang lelaki yang mencampakkan bom tangan sebelum meletupkan dirinya.

Antara yang terbunuh termasuk dua polis, peguam dan pekerja mahkamah. Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu yang berlaku beberapa minggu selepas serangan bom di hospital di Quetta, membunuh 71 orang termasuk puluhan peguam.

Serangan bom hari ini juga berlaku selepas tentera Pakistan menembak mati empat lelaki disyaki pengebom nekad yang mahu menyerang masyarakat Kristian di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, 60 kilometer dari Mardan.

Kumpulan Jamaat-ul-Ahrar (JuA) dari Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab terhadap cubaan serangan di Khyber Pakhtunkhwa itu. Kumpulan berkenaan juga mengaku bertanggungjawab melakukan serangan di Quetta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 4:19 PM