Mangsa banjir berdiri di atas kenderaan mereka yang terapung dalam banjir di Peshawar. - Foto AFP
Mangsa banjir berdiri di atas kenderaan mereka yang terapung dalam banjir di Peshawar. - Foto AFP
Penduduk di pinggir Peshawar menyeberang jalan yang dibanjiri air menuju tempat selamat. - Foto AFP
Penduduk di pinggir Peshawar menyeberang jalan yang dibanjiri air menuju tempat selamat. - Foto AFP
AFP

Peshawar: Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk sampai ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir dan tanah runtuh di utara Pakistan, termasuk Kahsmir yang menyebabkan ribuan penduduk terkandas dengan jumlah korban kini sudah mencecah 55 orang.

Pegawai agensi bencana di wilayah Khyber Pakhtunkhwa berkata, 47 orang mati sejak hujan lebat melanda Sabtu lalu, termasuk lapan orang dalam dua rumah yang tertimbus tanah runtuh beserta lima kanak-kanak.

“Kami cuba menghantar helikopter dengan bantuan tentera ke kawasan yang terjejas.

“Mayat perlu dikeluarkan dari bawah runtuhan rumah serta mereka yang cedera dan menghantar bekalan makanan, air dan ubat di tiga daerah,” kata Latifur Rehman.

Menurutnya, penghantaran bantuan dan bekalan melalui jalan darat terhalang kerana jalan terputus akibat banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:36 PM