RUMAH Stroessner dipecahkan untuk mencari mayat mangsa. -Foto AFP
RUMAH Stroessner dipecahkan untuk mencari mayat mangsa. -Foto AFP
AFP

AFPCIUDAD DEL ESTE: Pihak berkuasa masih mencari mayat mangsa bunuh mantan presiden Paraguay, Alfredo Stroessner di kediamannya, susulan penemuan tiga mayat dalam lantai bilik air pada minggu lalu.

Polis menyiasat sekiranya mangsa antara 423 orang yang dibunuh atau hilang ketika pemerintahan Stroessner.

Hari ini, puluhan orang melakukan kerja menggali di dalam kediaman dan kawasan sekeliling termasuk memecahkan konkrit tebal untuk mencari mayat.

Penghuni yang menetap di kediaman itu secara haram sejak awal bulan ini memberitahu polis mereka menemui banyak tulang dalam terowong bawah tanah.

Sebelum ini, penghuni berkenaan menemui tiga tengkorak manusia dan beberapa tulang ketika mengorek lantai bilik air.

Kediaman seluas 30 hektar di kawasan bukit berhampiran Ciudad del Este itu terbiar sejak beberapa tahun lalu.

Stroessner memimpin Paraguay secara kuku besi dari 1954 hingga 1989 dan menjadi diktator paling lama di Amerika Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 1:53 PM