KYRYLO Yatsun yang berusia lapan tahun melecur teruk pada 35 peratus badannya. FOTO: Daily Mail
KYRYLO Yatsun yang berusia lapan tahun melecur teruk pada 35 peratus badannya. FOTO: Daily Mail
Daily Mail

KIEV: Seorang budak lelaki kini berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas sekumpulan pembuli menyimbahnya dengan petrol sebelum membakar mangsa hidup-hidup.

Kyrylo Yatsun yang berusia lapan tahun melecur teruk pada 35 peratus badannya dalam kejadian yang mengejutkan di bandar Dnipro.

Mangsa itu dilaporkan bermain di taman berhampiran pangsapuri didiaminya sebelum diserang beberapa kanak-kanak lain yang beberapa tahun lebih tua daripadanya.

Kumpulan itu dilaporkan menyimbah baju Kyrylo dengan petrol dan membakar mangsa menggunakan pemetik api.

Kyrlo yang terbakar terjatuh dan menjerit kesakitan manakala penyerangnya hanya ketawa sebelum melarikan diri.

Orang ramai yang berada di lokasi itu segera menanggalkan baju Kyrlo dan memadamkan api sebelum menghubungi ambulans.

Sejak 10 hari lalu, doktor berusaha menyelamatkan nyawa Kyrlo dan mangsa menjalani beberapa pembedahan untuk membaiki kulitnya yang melecur.

Sementara itu, jurucakap polis memberitahu, beberapa remaja yang menyerang Kyrlo sudah ditangkap dan mereka mungkin ditahan di pusat pemulihan kerana masih di bawah umur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 3:27 PM