GUNUNG Asama meletus buat kali pertama. -Foto AFP
GUNUNG Asama meletus buat kali pertama. -Foto AFP
AFP

TOKYO: Gunung berapi berhampiran Tokyo meletus buat kali pertama dalam tempoh empat tahun, mengeluarkan debu dan asap setinggi dua kilometer ke udara.

Kejadian itu mencetuskan amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri gunung berkenaan.

Gunung Asama, terletak kira-kira 140 kilometer di barat laut Tokyo, meletus semalaman dan mendorong agensi meteorologi negara menaikkan tahap amaran kepada tiga daripada lima, bermaksud orang ramai harus menjauhi kawasan gunung terbabit.

Agensi itu berkata, batu besar dan gas panas akibat letusan itu mampu menjejaskan kawasan pada radius empat kilometer dari kawah gunung berapi.

Manakala, bandar berdekatan berisiko dihujani batu kecil dan debu, bergantung kepada keadaan angin.

Seorang pegawai agensi berkenaan memberitahu AFP hari ini, letusan terbabit masih mengeluarkan gas tetapi pada tahap biasa. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 12:54 PM