TANGKAP layar daripada video menunjukkan letusan  Gunung Berapi Aso. FOTO AFP
TANGKAP layar daripada video menunjukkan letusan Gunung Berapi Aso. FOTO AFP
BERNAMA

Tokyo: Gunung berapi aktif terbesar di Jepun, Gunung Aso yang terletak di wilayah Kumamoto barat daya negara itu, meletus pada Rabu, lapor Sputnik, memetik Agensi Meteorologi Jepun.

Letusan itu menghamburkan kepulan asap dan abu setinggi 3.5 kilometer (km) serta serpihan batu.

Agensi itu mengeluarkan amaran tahap tiga dan menasihatkan orang ramai tidak berada berdekatan dengan kawasan gunung berapi.

Skala amaran tertinggi ialah tahap lima.

Loji tenaga nuklear Ikata terletak tidak jauh dari gunung berapi itu.

Setakat ini, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 3:29 PM