PEGAWAI ICE melakukan serbuan ke atas salah satu daripada tujuh logi pemprosesan pertanian di Mississippi. -Foto Reuters
PEGAWAI ICE melakukan serbuan ke atas salah satu daripada tujuh logi pemprosesan pertanian di Mississippi. -Foto Reuters
Reuters

MIAMI: Pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat menahan hampir 700 orang dalam satu serbuan di tujuh loji pemprosesan pertanian di seluruh Mississippi.

Penguat kuasa Kastam dan Imigresen (ICE) dalam satu kenyataan berkata, mereka menahan kira-kira 680 pendatang asing di loji berkenaan.

“Kami juga merampas rekod perniagaan sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah persekutuan.”

Video yang dikeluarkan ICE menunjukkan sebuah bas tiba di Canton, Mississippi, iaitu tempat memproses maklumat di mana ejen bertindak mencari pekerja memeriksa dokumen pengenalan pekerja. Sesetengah pekerja diikat pada tangannya menggunakan nylon.

ICE tidak menyatakan kewarganegaraan pekerja yang ditangkap. Konsulat Mexico ketika dihubungi berkata, pihaknya dalam perjalanan ke kawasan berkenaan untuk membantu warga negaranya yang mungkin terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 11:48 AM