PELBAGAI pilihan jam tangan Ice Watch.
PELBAGAI pilihan jam tangan Ice Watch.
PELBAGAI pilihan jam tangan Ice Watch.
PELBAGAI pilihan jam tangan Ice Watch.
MODEL menggayakan Ice Watch.
MODEL menggayakan Ice Watch.
PELBAGAI pilihan jam tangan Ice Watch.
PELBAGAI pilihan jam tangan Ice Watch.
Oleh Yusliza Yakimir


Jam tangan bukan sekadar memberi tahu waktu, malah lebih daripada itu ia dikatakan seakan-akan satu kemestian buat wanita sebagai pelengkap gaya dan penampilan setiap hari.

Justeru, tidak hairanlah pembuat jam tangan kini semakin kreatif dan inovatif agar pemakaian aksesori itu bukan saja sebagai keperluan, malah dapat memberi keyakinan kepada si pemakai.

Jam tangan juga melambangkan personaliti si pemakainya dengan ciri-ciri jam tangan yang direka khusus untuk menggambarkan diri seorang wanita.

Ice Watch, jenama yang mula diperkenalkan dari Belgium sejak 2007 yang kini dibawa ke pasaran Malaysia oleh Kumpulan Habib menampilkan koleksi terbaru musim panas 2015 untuk wanita yang mementingkan gaya dan penampilan mereka.

Wanita dan bunga sememangnya tidak dapat dipisahkan dan sesuai dengan itu, Ice Watch menampilkan rekaan berciri flora dalam koleksi terbaru, Ice Flower.

Semestinya buat wanita yang trendy boleh memilih Ice Flower, inspirasi daripada bunga seperti poppy, bunga raya (hibiscus), bunga mawar atau flora jenis Tahitian.

Terdapat dalam 16 pilihan gaya dan warna yang menarik, pastinya koleksi terbaru dipenuhi bunga menyegarkan dan memberi semangat baru buat si pemakai pada harga RM409.

Dilancarkan baru-baru ini oleh Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib yang bertanggungjawab memperkenal dan memasarkan Ice Watch di Malaysia.

Koleksi Ice Flower boleh didapati di 12 butik Ice Watch seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 5:01 AM