LAPAN warna menarik menggambarkan perpaduan negara.
LAPAN warna menarik menggambarkan perpaduan negara.

ICE UNITY, koleksi yang melambangkan Malaysia, negara berbilang bangsa, pelbagai budaya dan bahasa.

Kehidupan rakyat Malaysia sering digambarkan dengan keharmonian apabila setiap orang boleh hidup bersama dan bersatu, menjadikan kita begitu unik serta terkenal di seluruh dunia.

Pada setiap hitungan masa, jenama Ice-Watch memastikan rekaan jam setanding perubahan masa dan teknologi. Kreativiti tanpa hadnya disokong pereka berbakat yang berpusat di Belgium.

Koleksi Ice Unity adalah jam tangan permainan warna yang dikeluarkan secara eksklusif di Jepun dan Malaysia di bawah tema Play With Colours.

Menariknya, koleksi ini sesuai menggambarkan perpaduan daripada kepelbagaian bangsa dan latar belakang rakyat Malaysia.

Dilengkapi indeks tiga dimensi, jarum, gelung dalaman, logo jenama, jam tangan ringan dan poliamida berketahanan tinggi, tali jam silikon getah, jahitan sulaman, semua bahagian direka dengan warna senada.

Lapan warna ditawarkan adalah Ultramarine, Viridian, Vermilion, Violet, Red, Peony, Kuro dan Shiro yang pasti memukau dan menarik perhatian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 January 2020 @ 6:01 AM