Bas membawa pengawal keselamatan Nepal yang dibom di Kabul, lebih seminggu lalu. - Foto Fail
Bas membawa pengawal keselamatan Nepal yang dibom di Kabul, lebih seminggu lalu. - Foto Fail
AFP

Kabul: Sekurang-kurangnya 27 kadet polis Afghanistan terbunuh dan 40 lagi cedera akibat dua letupan bom mengenai dua bas membawa kadet polis berkenaan di barat Kabul, hari ini.

Dua letupan berlaku di jalan raya pinggir kabul mensasarkan kenderaan membawa kadet polis.

“Kami masih menyiasat letupan itu, sama ada serangan nekad, bom kereta atau bom dipasang di jalan raya,”kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi.

Serangan itu disahkan jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, yang mendakwa ramai terbunuh dan cedera.

Serangan hari ini berlaku lebih seminggu selepas 14 pengawal keselamatan Nepal terbunuh dalam serangan bom terhadap bas membawa mereka di Kabul.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 5:48 PM