GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Reuters

LIBYA: Sekurang-kurangnya 18 orang cedera dalam dua letupan bom kereta di bandar pantai timur Libya, Derna, awal pagi ini.

Penduduk memberitahu Reuters serangan itu mensasarkan unit Tentera Kebangaan Libya (LNA), Bulahati di kawasan tengah bandar.

“Kami menyangka letupan pertama adalah mercun, namun berlaku letupan kedua,” kata seorang penduduk.

Seorang lagi penduduk memberitahu menemui beberapa orang berhampiran unit tentera Bulahati dan terdapat kepulan asap hitam di tempat kejadian.

“Kami menyedari serangan bom kereta berlaku di situ,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 11:15 AM