ZHOU bertindak berani untuk mententeramkan perasaan mangsa. FOTO Agensi
ZHOU bertindak berani untuk mententeramkan perasaan mangsa. FOTO Agensi
Agensi

BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki mengejutkan jirannya apabila dilihat bergayut di birai tingkap rumahnya di tingkat 13 sebuah apartmen selepas memanjat keluar ketika ditinggalkan bersendirian oleh datuknya.

Kejadian di selatan China itu disedari oleh jiran mereka, Zhou Shaoting yang tinggal di tingkat bawah selepas terdengar suara kanak-kanak berusia lima tahun itu menangis.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan menarik sebuah kerusi ke tepi tingkap dan memanjat keluar sebelum terperangkap di luar.

Lelaki itu cuba keluar dan menyelamatkannya namun usaha itu sukar dilakukan kerana ia terlalu bahaya, lapor Mirror Online.

SAAT cemas menunjukkan Zhou berada di luar bangunan apartmen dari ketinggian 39 meter. FOTO Agensi
SAAT cemas menunjukkan Zhou berada di luar bangunan apartmen dari ketinggian 39 meter. FOTO Agensi

“Ia terlalu bahaya dan kanak-kanak itu boleh terjatuh sekiranya tergelincir. Dia berada pada ketinggian 39 meter dari bawah,” katanya.

Bagaimanapun, dia cuba mententeramkan perasaan mangsa sebelum bantuan kecemasan tiba dan keluarganya pulang ke rumah.

Saat cemas itu dapat dilihat menerusi satu rakaman yang menunjukkan kanak-kanak terbabit berdiri di atas birai sambil berpegang pada bingkai tingkap.

Datuknya, Zhang kemudiannya pulang kira-kira 15 minit kemudian dan menarik cucunya ke dalam rumah.

“Saya menghantar cucu perempuan ke sekolah pagi tadi dan memandangkan tiada siapa di rumah, saya tinggalkan telefon bimbit dan memberitahunya supaya tunggu di rumah.,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 9:13 AM