KEPALA kanak-kanak perempuan  tersangkut di jeriji besi.
KEPALA kanak-kanak perempuan tersangkut di jeriji besi.

Hechi (China): Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik cemas selepas tergantung dengan kepala tersangkut di jeriji besi tingkap di tingkat dua sebuah apartmen di sini.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, kanak-kanak perempuan itu dilapor ditinggalkan seorang diri di rumah kerana ibu bapanya keluar bekerja.

Kanak-kanak itu dipercayai memanjat balkoni rumahnya sebelum terjatuh di atas jeriji besi tingkap yang menyebabkan kepalanya tersangkut.

Beberapa jiran yang mendengar suara kanak-kanak itu menangis terkejut melihat mangsa tergantung dengan kepalanya tersangkut di jeriji besi.

Seorang wanita kemudian memanjat tingkap apartmen berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 8:53 AM