Agensi

SINGAPURA: Kemunculan belalai air di tengah Singapura, pagi tadi menggemparkan penduduk yang menyangka fenomena itu puting beliung.

Penduduk Grace Ng memberitahu Channel News Asia dia ternampak belalai air itu sekitar jam 9 pagi.

“Pada mulanya, belalai air itu lemah kerana ia muncul dan hilang seketika.

“Namun, ia menjadi besar apabila menghampiri darat. Kami berjaya merakam kejadian itu kerana cuaca cerah,” katanya.

Menurut Grace, fenomena terbabit berlanjutan selama 15 hingga 20 minit sebelum hujan lebat selepas belalai air itu hilang.

Agensi Alam Sekitar Negara berkata, secara purata sebanyak tiga kejadian belalai air dilaporkan setiap tahun.

Kali terakhir fenomena belalai air muncul di negara ini pada 1 Februari tahun lalu dan mencetuskan angin kencang melebihi kelajuan 59 kilometer sejam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 3:44 PM
FENOMENA belalai air itu sempat dirakan sekitar jam 9 pagi tadi. FOTO: Agensi
FENOMENA belalai air itu sempat dirakan sekitar jam 9 pagi tadi. FOTO: Agensi