GEGARAN berlaku kira-kira 8.48 pagi dengan pusat gempa dikesan di pesisir pantai Miyazaki. FOTO Agensi
GEGARAN berlaku kira-kira 8.48 pagi dengan pusat gempa dikesan di pesisir pantai Miyazaki. FOTO Agensi
Reuters

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan pesisir selatan Jepun hari ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tiada kemalangan jiwa, kecederaan dan kerosakan harta benda dilaporkan, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Gegaran berlaku kira-kira 8.48 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gempa dikesan di pesisir pantai Miyazaki pada ke dalaman 20 kilometer, kata agensi berkenaan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula mencatatkan kekuatan gegaran pada 6.4 magnitud.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 10:25 AM