PENDUDUK berpindah ke kawasan tinggi berikutan gempa di Binggai, Sulawesi Tengah semalam. FOTO Reuters
PENDUDUK berpindah ke kawasan tinggi berikutan gempa di Binggai, Sulawesi Tengah semalam. FOTO Reuters
AFP

Luwuk (Indonesia): Segelintir penduduk di Pulau Sulawesi enggan pulang semula kerana bimbang kemungkinan berlakunya gegaran susulan selepas amaran tsunami dikeluarkan semalam.

Penduduk di kawasan itu masih trauma selepas dikejutkan dengan gempa berukuran 6.8 magnitud selain dihantui kejadian gempa dan tsunami di Palu, tengah Sulawesi hingga mengorbankan lebih 4,500 orang pada tahun lalu, lapor AFP.

Agensi terbabit bagaimanapun masih belum mengesahkan sama ada terdapat kematian atau kemusnahan besar akibat gegaran itu biarpun seorang penduduk di bandar Luwuk dilaporkan mati kerana terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.

“Situasi semasa kini kembali normal,” kata agensi bencana itu pagi ini.

Sehingga kini dilaporkan terdapat 1,300 keluarga yang sudah pulang ke rumah masing-masing, kata agensi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 3:13 PM