GOODMAN didapati menyimpan 7,800 gambar dan 370 video pornografi kanak-kanak.
GOODMAN didapati menyimpan 7,800 gambar dan 370 video pornografi kanak-kanak.
Agensi

RHODE ISLAND, AMERIKA SYARIKAT: Seorang pedofilia pengsan sebaik hakim menjatuhkan hukuman penjara selama 260 tahun terhadapnya selepas didapati bersalah mencabul bayi baru lahir, Jumaat lalu.

Menurut Metro UK, pesalah Thomas Goodman, 45, rebah ke hadapan atas sebuah meja dalam mahkamah Providence dan tersedar beberapa minit kemudian.

Hakim John McConnell berkata, hukuman itu bagi memastikan Goodman tidak akan keluar dari penjara.

“Saya tiada jaminan awak akan berhenti,” katanya.

Providence Journal melaporkan, Goodman merakam ribuan video dirinya menodai mangsa sejak usianya tiga bulan hingga 18 bulan.

Pesalah turut didapati menodai dua mangsa lain yang masing-masing berusia enam dan 12 tahun, malah memuat naik rakaman terbabit di atas talian.

Goodman ditahan pada Mei tahun lalu selepas telefon bimbitnya dirampas majikan ketika bekerja di sebuah syarikat keselamatan.

Lelaki itu didapati menyimpan 7,800 gambar dan 370 video pornografi kanak-kanak.

Dari jumlah itu, 135 gambar serta 62 video membabitkan kanak-kanak dan dicipta

Goodman antara September 2007 dan Februari 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 10:35 PM