OWEN (kiri) dipercayai sanggup berjalan sejauh 450 kilometer semata-mata untuk bertemu kekasihnya. FOTO Agensi
OWEN (kiri) dipercayai sanggup berjalan sejauh 450 kilometer semata-mata untuk bertemu kekasihnya. FOTO Agensi
Agensi

SEORANG remaja lelaki sanggup berjalan sejauh 450 kilometer (km) dari Leeds semata-mata bertemu kekasihnya di York walaupun kini England mengenakan perintah berkurung kepada warganya.

Owen Harding sebelum itu diminta kekasihnya Meg Rhodes untuk bertemu kerana merindukan lelaki terbabit selepas mereka kali terakhir berjumpa pada 26 Mac lalu.

Dalam laporan Daily Mirror, pasangan masing-masing berusia 16 tahun itu yang menjalin hubungan jarak jauh sejak dua tahun lalu tidak dapat bertemu selepas arahan perintah berkurung itu.

Namun, demi melunaskan hasrat kekasihnya itu, Owen nekad berjalan ke rumah remaja perempuan terbabit selepas perkhidmatan kereta api dan pengangkutan awam lain kini digantung.

Rhodes berkata, Owen yang dikenali sejak berusia 11 tahun itu keluar dari rumahnya di timur Sussex antara 6 petang hingga 7 malam, Selasa lalu, namun remaja itu tidak dapat dihubungi selepas itu.

“Kami menetap di dua bandar yang berlainan dan sukar untuk bertemu.... tambahan kini larangan keluar dikenakan ekoran Covid-19.

“Sebelum ini, dia akan menaiki kereta api untuk menemui saya di sini namun disebabkan penggantungan perkhidmatan, sudah pasti dia akan berjalan ke York,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2020 @ 6:01 AM