PESALAH dihukum sebat 100 kali di hadapan orang ramai di sebuah stadium Lhokseumawe, Aceh. FOTO: AFP
PESALAH dihukum sebat 100 kali di hadapan orang ramai di sebuah stadium Lhokseumawe, Aceh. FOTO: AFP
AFP

LHOKSEUMAWE, INDONESIA: Dua lelaki dan seorang wanita masing-masing dihukum sebat 100 kali di khalayak ramai dalam sebuah stadium di Lhokseumawe, Aceh hari ini.

Pesalah wanita dan teman lelakinya yang masing-masing berusia 22 tahun didapati bersalah berkhalwat.

Wanita itu menangis dan beberapa kali merayu kepada pegawai syariah supaya berhenti merotannya kerana tidak dapat menahan kesakitan.

Selain pasangan terbabit, seorang lelaki berusia 19 tahun turut disebat sehingga baju kemejanya berlumuran darah kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Pemuda itu turut dipenjara selama lima tahun, manakala pasangan terbabit dibebaskan.

Puluhan orang awam hadir menyaksikan hukuman yang diadakan dalam stadium bagi mengelak dilihat kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 11:17 PM