DANA sebanyak NZ$10.8 juta (RM30 juta) berjaya dikumpul melalui dua laman web untuk membantu mangsa insiden Chrischurch. FOTO: Reuters
DANA sebanyak NZ$10.8 juta (RM30 juta) berjaya dikumpul melalui dua laman web untuk membantu mangsa insiden Chrischurch. FOTO: Reuters
AFP

CHRISTCHURCH: Dana yang ditubuhkan untuk membantu keluarga 50 mangsa keganasan di dua masjid di New Zealand kini sudah memperoleh sumbangan lebih NZ$10.8 juta (RM30 juta).

Dana sokongan di laman web New Zealand, GiveaLittle.co.nz, menerima NZ$8.2 juta (RM23 juta) daripada lebih 91,000 penderma menjelang hari ini manakala LaunchGood.com, yang memberi tumpuan sumbangan untuk umat Islam memperoleh NZ$2.5 juta (RM7 juta) daripada lebih 40,000 penyumbang.

Pembunuhan 50 jemaah ketika solat Jumaat di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu mengejutkan negara dan mencetuskan kebimbangan dunia, disebabkan penstriman langsung yang dibuat pengganas kulit putih itu.

Sejak itu, rakyat New Zealand memberi sokongan penuh kepada komuniti kecil Islam di negara itu.

Perdana Menterinya, Jacinda Ardern mengumumkan minggu lalu bahawa kerajaan akan menanggung kos pengebumian 50 mangsa .

Serangan turut menyebabkan puluhan lagi cedera, sebahagiannya kritikal.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 4:18 PM