RIBUAN membanjiri tanah perkuburan Manukau Memorial Gardens. Gambar kecil, Hafiz.
RIBUAN membanjiri tanah perkuburan Manukau Memorial Gardens. Gambar kecil, Hafiz.
Agensi

AUCKLAND: Ribuan membanjiri tanah perkuburan Manukau Memorial Gardens, di sini untuk menghadiri pengebumian jenazah Imam Masjid Lautoka Jame Fiji, Hafiz Musa Patel, hari ini.

Hafiz menjadi imam di masjid itu sejak 25 tahun lalu dan mengunjungi Christchurch bersama isterinya atas jemputan rakan.

NZ Herald melaporkan, kehadiran luar biasa itu menyebabkan dewan pengebumian dan ruang solat sesak.

Suasana perkuburan senyap seketika sebelum solat jenazah bermula.

Semalam, enam mangsa tembakan di dua masjid Christchurch sudah disemadikan.

Anak beranak Khaled, 44, dan Hamza Mustafa, 16, jenazah pertama dikebumikan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 12:52 PM