MASJID Al Noor mosque. AFP
MASJID Al Noor mosque. AFP
Agensi

CHRISTCHURCH: Seramai 27 mangsa serangan tembakan rambang di dua masjid minggu lalu masih dirawat di Hospital Christchurch.

NZ Herald melaporkan, Ketua Eksekutif Lembaga Daerah Kesihatan Canterbury, David Meates berkata, lima mangsa masih kritikal, manakala dua orang sudah dibenarkan pulang.

“Beberapa mangsa perlu menjalani pembedahan susulan dan penjagaan pakar.

“Jumaat lalu, kami merawat 48 pesakit dan jumlah mereka semakin berkurangan. Pun begitu, pesakit yang sudah pulang perlu sokongan masyarakat,” katanya.

Meates berkata, mangsa kanak-kanak berusia empat tahun masih kritikal di Hospital Starship, Auckland, manakala bapanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Auckland City dilaporkan stabil.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019 @ 2:34 PM