ZAID duduk di atas kerusi roda merenung sayu ke arah kubur ketika melihat jenazah bapa dan abangnya dikebumikan di tanah perkuburan di Lindwood, New Zealand. FOTO Agensi
ZAID duduk di atas kerusi roda merenung sayu ke arah kubur ketika melihat jenazah bapa dan abangnya dikebumikan di tanah perkuburan di Lindwood, New Zealand. FOTO Agensi
Agensi

CHRISTCHURCH: Seorang remaja yang duduk di atas kerusi roda merenung sayu ke arah kubur ketika melihat jenazah bapa dan abangnya dikebumikan di tanah perkuburan di Lindwood, New Zealand.

Zaid Mustafa, 13 menunaikan solat bersama bapa, Khaled, 44 dan abangya, Hamza, 16, sebelum diserang oleh pengganas yang melepaskan tembakan rambang di masjid al Noor, Jumaat lalu.

Remaja itu terselamat biarpun cedera teruk akibat tembakan namun kejadian terbabit mengorbankan nyawa bapa dan abangnya.

Zaid dan abangnya adalah pelajar Sekolah Tinggi Cashmere.

Dua beranak terbabit adalah jenazah pertama yang dikebumikan dalam majlis pengebumian pertama mangsa pagi tadi di Tanah Perkuburan Memorial Park itu.

“Saya tidak mahu bersendirian di sini,” kata Zaid yang dipetik Fairfax ketika pengebumian dimulakan.

Ratusan orang hadir ke majlis itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa dan ada yang kelihatan berpelukan untuk menenangkan emosi masing-masing.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 2:10 PM