PESAWAT Ural Airlines dalam penerbangan dari Bahrain ke Moscow, Russia.
PESAWAT Ural Airlines dalam penerbangan dari Bahrain ke Moscow, Russia.
Reuters

MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang jenis Ural Airlines yang membawa 225 penumpang terpaksa membuat pendaratan cemas di Baku, hari ini, selepas seorang kru kabin berfikir terdapat bom di dalam pesawat itu, kata agensi berita RIA memetik kenyataan lapangan terbang Baku.

Memetik kenyataan akhbar lapangan terbang itu sebagai berkata, pesawat itu dalam penerbangan dari Bahrain ke Moscow, Russia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 8:43 PM