WOOLWORTHS muncul pasar raya pertama membuat dan menjual produk makanan halal kepada komuniti beragama Islam yang semakin meningkat di Australia. FOTO Daily Mail.
WOOLWORTHS muncul pasar raya pertama membuat dan menjual produk makanan halal kepada komuniti beragama Islam yang semakin meningkat di Australia. FOTO Daily Mail.
Agensi

SYDNEY: Masyarakat Islam di Australia tidak akan lagi berhadapan dengan isu makanan halal apabila syarikat Woolworths kini muncul sebagai pengeluar dan penyedia barangan jenama halal sesuai dengan populasi penduduk beragama Islam yang semakin meningkat.

Rangkaian halal berkenaan bakal diperkenal pada Mei atau Jun tahun ini menerusi jenama Al-Sadiq.

Menurut DailyMail, Woolworths akan beroperasi menerusi 20 kedai di dalam komuniti didiami ramai masyarakat Islam seperti di Bankstown di barat Sydney.

Untuk permulaan, Al-Sadiq yang menerima pensijilan halal daripada Majlis Islam Queensland, hanya akan menjual daging ayam halal.

Pengarah Pembelian Woolworths, Peter McNamara berkata, syarikatnya mengembangkan perniagaan ke arah itu berikutan peningkatan kepelbagaian dalam kalangan pengguna.

“Kami mengenal pasti peluang untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada peningkatan permintaan terutama di sekitar Sydney dan Melbourne, begitu juga dengan bahagian lain di Australia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 3:58 PM