Melbourne: Pesawat AirAsia X yang dalam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne selepas pesawat itu dikatakan mengalami masalah teknikal.

Jurucakap Perkhidmatan Udara Australia berkata, juruterbang pesawat berkenaan membuat keputusan untuk berpatah balik dan mendarat pesawat XAX223 sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan dan Penerbangan Awam Australia, sistem navigasi dan paparan peta pesawat gagal berfungsi.

Juruterbang dikatakan berpatah balik dan mendarat di Melbourne disebabkan cuaca lebih mengizinkan berbanding ke Sydney.

Pesawat mendarat dengan selamat kira-kira 2 petang waktu tempatan. - ABC News8

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 2:14 PM