PETUGAS bomba memadamkan kebakaran di Kementerian Luar Libya di ibu negara Tripoli. FOTO AFP
PETUGAS bomba memadamkan kebakaran di Kementerian Luar Libya di ibu negara Tripoli. FOTO AFP
Reuters

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, hari ini, akibat serangan pengebom nekad di Kementerian Luar Libya di ibu negara itu.

Menurut sumber keselamatan, beberapa penyerang terbabit disyaki daripada kumpulan Daesh.

Katanya, tiga penyerang memulakan serangan dengan bom kereta yang mengakibatkan beberapa kenderaan dan bangunan rosak, kemudian mereka melepaskan tembakan.

Dua suspek berjaya masuk ke dalam bangunan kementerian itu dan meletupkan diri sementara seorang lagi berjaya dibunuh pengawal kementerian, kata sumber itu lagi.

Asap tebal kelihatan dari bangunan itu yang dikepung pasukan keselamatan, ketika mangsa cedera dikejarkan ke hospital.

Kementerian Kesihatan berkata, sekurang-kurangnya 11 orang cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Disember 2018 @ 9:52 PM