GAMBAR atlet  Humboldt Broncos yang dimuat naik ke media sosial. - Agensi
GAMBAR atlet Humboldt Broncos yang dimuat naik ke media sosial. - Agensi
Agensi

Los Angeles: Sekurang-kurangnya 14 orang, dipercayai termasuk atlet remaja, terbunuh apabila bas dinaiki pasukan hoki ais bawah umur Kanada bertembung lori di wilayah Saskatchewan, kata polis.

BBC News melaporkan, seramai 28 orang berada di dalam bas ketika kemalangan yang turut mengorbankan pemandunya itu.

Empat belas penumpang lain yang cedera dibawa ke hospital dengan tiga daripadanya dilaporkan kritikal.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau di akaun Twitternya berkata: “Saya tidak dapat membayangkan perasaan ibu bapa mangsa.”

 GAMBAR lokasi kemalangan  dimuat naik ke Twitter oleh saksi di tempat kejadian. - Agensi
GAMBAR lokasi kemalangan dimuat naik ke Twitter oleh saksi di tempat kejadian. - Agensi

AFP memetik Polis Berkuda Diraja Kanada berkata akan menyiasat punca kemalangan yang berlaku lewat Jumaat itu (waktu tempatan).

Pasukan Humboldt Broncos terdiri daripada 24 pemain semuanya dari Kanada berusia antara 16 hingga 21 tahun yang bermain untuk Liga Hoki Bawah Umur Saskatchewan itu dalam perjalanan menyertai perlawanan menentang Nipawin Hawks.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 April 2018 @ 4:20 AM