LYTTON. FOTO Google Maps
LYTTON. FOTO Google Maps
BERNAMA

Vancouver: Desa Lytton di wilayah British Columbia, Kanada pada Ahad mencatatkan suhu panas tertinggi iaitu 46.1 darjah Celsius, lapor Agensi Anadolu.

Rekod sebelum ini ialah 45 darjah Celsius yang dicatatkan pada 5 Julai 1937 di Yellow Grass dan Midale, Saskatchewan, kata ECCC Weather British Columbia di Twitter.

Sementara itu rekod lama yang dicatatkan di British Columbia pula ialah 44.4 darjah Celsius pada 1941.

Walaupun wilayah barat Kanada berada di bawah amaran cuaca panas, suhu diramal sedikit menurun pada akhir minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 5:35 PM