SEORANG lelaki mengambil kesempatan perundangan untuk menukar namanya seterusnya mendaftar sebagai wanita dipercayai supaya dapat bersara lima tahun lebih awal.
SEORANG lelaki mengambil kesempatan perundangan untuk menukar namanya seterusnya mendaftar sebagai wanita dipercayai supaya dapat bersara lima tahun lebih awal.
Agensi

LELAKI sanggup menukar nama dan jantinanya semata-mata mahu bersara awal pada usia 60 tahun di Argentina, lapor media tempatan.

Sergio Lazarovich menjadi topik hangat di seluruh Amerika Selatan selepas dilaporkan mengambil kesempatan terhadap perundangan identiti jantina negaranya untuk menukar namanya kepada ‘Sergia’ seterusnya mendaftar sebagai wanita dipercayai supaya dapat bersara lima tahun lebih awal.

Perkara itu didedahkan saudaranya yang menghubungi media tempatan dan turut menegaskan Lazarowvich bukan homoseksual sebaliknya masih menjalinkan hubungan dengan wanita walaupun mahu menukar jantina rasminya, malah mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri selama 25 tahun.

“Dia semata-mata merasakan tidak adil wanita dibenarkan bersara lebih awal daripada lelaki dan melihatnya sebagai satu diskriminasi, malah sudah lebih tiga tahun mengadu perkara itu kepada pihak berkuasa,” kata saudara yang namanya tidak didedahkan itu kepada Informate Salta.

El Universal memetik Ketua Pendaftar Awam Salta, Ricardo Muller mengesahkan Lazarovich menukar nama dan jantinanya baru-baru ini selain mengakui perundangan identiti jantina itu tidak memerlukan seseorang melalui perubahan hormon atau pembedahan untuk proses pertukaran berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 12:08 PM