Oleh Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan seorang lelaki yang sudah melakukan pembedahan jantina untuk menukar nama dan jantina di dalam MyKadnya

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan R Vasudevan, 25, yang mahu menukar namanya kepada R Maha Lakshmi dan jantinanya kepada perempuan.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati Vasudevan (plaintif) gagal menunjukkan dan memuaskan hati mahkamah bahawa dia memiliki kriteria yang diperlukan sebagai seorang wanita.

Mahkamah menolak permohonan itu dengan kos sebanyak RM3,000.

Vasudevan membuat permohonan itu dengan alasan dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan dengan sempurna.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 4:44 PM