TULANG ikan yang dikeluarkan oleh doktor. FOTO Chengdu Business Daily
TULANG ikan yang dikeluarkan oleh doktor. FOTO Chengdu Business Daily
Agensi

AKIBAT menelan tulang ikan kerana terlalu kecil, lelaki terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tulang berkenaan yang tersangkut di duburnya di Sichuan, China.

Chengdu Business Daily melaporkan, lelaki dikenali sebagai Zhou, 63, makan sup ikan pada satu malam dan menyangka cukup selamat untuk menelannya sepenuhnya disebabkan saiz ikan yang kecil, walaupun terasa perit pada mulanya.

Malangnya, perit dirasakan beberapa hari kemudian lebih teruk ketika dia cuba membuang air besar.

Akibat tidak tahan sakit, Zhou pergi ke hospital dan imbasan CT menemui kepulan berduri melekat di duburnya.

Doktor mengambil masa dua jam untuk bergilir-gilir mengeluarkan kira-kira 100 tulang ikan dari dubur Zhou tetapi terpaksa meninggalkan beberapa lain yang terlalu kecil kerana bimbang mencederakannya atau menyebabkan pendaraha jika diteruskan.

Global Times memetik pakar bedah di hospital berkenaan, Huang Zhiyin mengakui itu kali pertama melihat kejadian seperti itu.

“Sebelum ini, paling banyak dikeluarkan sebegini cuma 10 tulang ikan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Mac 2018 @ 9:59 PM